Surga di telapak kaki IBU, apakah
benar menurut anda? Seringkali kita lihat banyak sekali seorang anak yang
durhaka terhadap ibunya. Begitu terhadap anak perempuan, banyak sekali kita
lihat pelecehan-pelecehan yang terjadi terhadap mereka. Mari kita sedikit
merenung tentang keistimewaan perempuan yang kadang-kadang kita lupakan. Ini
saya lampirkan beberapa keistimewaan wanita menurut Hadist yang saya ambil dari
beberapa sumber :
1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku
bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?”
Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
SWT.
Semoga bisa menjadikan pelajaran
bagi kita, entah itu seorang perempuan ataupun laki-laki. Maka daripada itu,
hargailah seorang wanita..apalagi Ibu anda!!! Apapun perbuatannya, Beliau
tetaplah Ibu Anda. Tidak akan ada kata-kata “mantan Ibu”. Renungilah!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar